PERMULAAN memberangsangkan dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah berterusan dengan terbaru kejayaan Sepanyol membelasah naib juara Piala Dunia 2018, Croatia, 6 gol tanpa balas.
Barisan kendalian Luis Enrique yang menumpaskan England di Wembley dalam aksi pembukaan Sabtu lalu, tidak menoleh ke belakang sebaik Saul Niguez menanduk masuk jaringan pembukaan.
Marco Asensio kemudian melancar percubaan jarak 20 ela untuk gol kedua, sebelum dia menewaskan penjaga gol, Lovre Kalinic untuk menambah gol ketiga 'La Roja' minit ke-35 permainan.
Rodrigo, Sergio Ramos dan Isco menjadikan laluan Sepanyol bertambah selesa.
Menjaringkan gol kemenangan ke atas England tempoh hari, Rodrigo bijak melepasi perangkap ‘off-side’ sebelum tenang hasilkan penyudah, manakala Ramos menanduk masuk gol keempat menerusihasil sepakan penjuru.
Tidak cukup dengan itu, Isco melengkapkan kemenangan bergaya minit ke-70 susulan rembatan rembatan deras dari dalam kotak penalti.
Croatia hanya menampilkan empat pemain dari kesebelasan utama perlawanan akhir Piala Dunia Julai lalu, kini perlu bangkit menghadapi England, Oktober nanti.
Sementara dua kemenangan berturut-turut cukup buat Sepanyol mengetuai saingan kumpulan 4 liga 'A' dengan enam mata.
Astro Arena
Wed Sep 12 2018

Permulaan memberangsangkan dalam kempen Liga Negara-Negara UEFA apabila Sepanyol membelasah Croatia, 6 gol tanpa balas.

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

Nottingham Forest barakan sensasi gaya retro memukau di EPL
Biarpun kurang memukau dari segi estetika, kecekapan adalah kunci utama Espirito Santo dalam mengemudi kelab dengan bajet kecil seperti Forest.

TMJ dedah Sri Pahang, Kedah berkubur musim depan
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, masalah berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.