"Kami adalah kerajaan yang sangat fokus, berorientasikan tindakan," kata Carney kepada pemberita di luar Rideau Hall sebelum upacara angkat sumpah.
Beliau juga berkongsi di platform X: "Hari ini, kami membentuk kerajaan yang sesuai dengan keadaan semasa. Rakyat Kanada mengharapkan tindakan - dan itulah yang akan pasukan ini sampaikan."
"Kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi kita, dan melindungi masa depan Kanada," katanya.
Perdana Menteri sebelum ini, Justin Trudeau, secara rasmi meletak jawatan pada Jumaat, membubarkan Kabinetnya yang terdiri daripada 37 anggota.
Carney adalah bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England. Beliau juga pernah bekerja di Goldman Sachs dan memainkan peranan penting dalam mengemudi Kanada melalui krisis kewangan 2008.
-- BERNAMA
