HANGZHOU: Selepas merekodkan pencapaian terburuk pada Sukan SEA Kemboja 2023, kerja keras secara senyap-senyap menyaksikan kontinjen negara bangkit memahat pencapaian yang boleh dibanggakan pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di sini.
Kontinjen Malaysia yang dibarisi 288 atlet dan diketuai Datuk Chong Kim Fatt selaku ketua kontinjen berjaya mengharungi cabaran getir untuk meraih enam emas, lapan perak dan 18 gangsa atau keseluruhan 32 pingat untuk mengatasi sasaran 27 pingat sekali gus menamatkan saingan di kedudukan ke-14.
Namun, dari segi kutipan pingat pada edisi ke-19 temasya sukan itu, ia sedikit kurang berbanding pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia (36) dan edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan (33) serta jauh berbanding sejumlah 41 pingat yang diraih pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Pada edisi kali ini, sebanyak 13 jenis sukan iaitu terjun, badminton, berbasikal trek, e-sukan, ekuestrian, gimnastik artistik, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy dan wushu menjadi penyumbang pingat.
Hanya sukan hoki yang merupakan antara 13 sukan yang menjadi sandaran pingat gagal menepati jangkaan sekali gus menempah laluan sukar dalam melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan kehilangan pingat daripada mereka diganti oleh gimnastik artistik.
Berdasarkan statistik, sejumlah 13 jenis sukan yang menghadiahkan pingat itu menunjukkan kemajuan yang baik berbanding edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia (12 sukan) dan 2014 di Incheon, Korea Selatan yang melibatkan 10 sukan sebagai penyumbang pingat.
Pada masa sama, sebanyak tujuh jenis sukan Olimpik telah menyumbang 18 pingat terdiri daripada terjun yang menyumbang lima, berbasikal trek (empat), olahraga (tiga), pelayaran (tiga) manakala badminton, ekustrian dan gimnastik artistik masing-masing satu pingat.
Jika dibandingkan dengan Sukan Asia 2018 hanya empat sukan Olimpik telah menyumbang pingat iaitu ekuestrian satu pingat, pelayaran (tiga), terjun (empat) dan berbasikal trek merangkul tiga pingat.
Enam sukan yang mencapai taraf cemerlang pada edisi kali ini adalah skuasy (tiga emas, satu perak dan satu gangsa), karate (satu emas dan dua perak), terjun (satu perak dan empat gangsa), e-sukan (satu perak dan satu gangsa), berbasikal trek (empat gangsa) dan ekuestrian (satu emas).
Beberapa atlet negara juga telah mempamerkan prestasi luar biasa antaranya pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang membolot emas berganda menerusi acara berpasukan dan perseorangan serta atlet ekuestrian, Qabil Ambak Muhamad Fathil yang memenangi emas pertama Malaysia dalam sukan itu melalui acara individu dressage.
Selain itu, atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif telah memenangi pingat emas dalam acara ILCA 6 dan melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala kejayaan Muhamad Arif Affifudin Ab. Malik meraih emas Kumite lelaki bawah 84 kilogram (kg) menamatkan penantian 13 tahun sukan karate untuk memenangi emas.
Dua atlet olahraga berpangkalan di Amerika Syarikat, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy turut mencuri perhatian dengan kejayaan merangkul gangsa masing-masing dalam acara 100 meter (m) lelaki dan 400m wanita. Shereen turut membantu kuartet 4x100m wanita meraih gangsa.
Gimnas Muhammad Sharul Aimy juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat gangsa dalam acara melombol sementara pasukan pecut wanita berbasikal trek turut melakar sejarah apabila buat pertama kali memenangi pingat dalam acara berkenaan.
Seramai 44 orang atlet yang pertama kali bertanding di Sukan Asia cemerlang apabila memenangi keseluruhan 21 pingat manakala seramai 19 atlet yang memenangi pingat di Sukan SEA Kemboja juga telah memenangi 10 pingat di sini.
Sebanyak dua rekod kebangsaan telah dicipta masing-masing oleh Syaqiera Mashayikh dalam memanah acara recurve individu wanita apabila meraih 336 mata untuk memadam rekod lama 330 mata dan skuad berbasikal trek wanita dalam acara pecut berpasukan selepas memadam catatan lama 49.204 saat (s) dengan rekod baharu 49.025s.
Sementara itu, jika dibandingkan dengan prestasi negara-negara Asia Tenggara, Malaysia menamatkan saingan di Sukan Asia dalam kelompok tiga terbaik di belakang Thailand yang meraih 12 emas, 14 perak dan 32 gangsa serta Indonesia (7-11-18).
Juara bertahan China mengekalkan dominasi selaku kuasa besar Sukan Asia sejak edisi 1982 di New Delhi apabila mengumpul 201-111-71 diikuti Jepun (52-67-69) dan Korea Selatan ketiga dengan 42-59-89.
Biarpun pencapaian atlet negara pada kali ini boleh dikatakan membanggakan, pemegang taruh sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan sukan kebangsaan perlu menggandakan usaha untuk memastikan graf pencapaian ini terus meningkat.
Kim Fatt berkata keputusan di Hangzhou adalah cerminan kepada senario sukan negara hari ini sekali gus mengharapkan perhatian yang lebih dapat diberikan selepas ini.
"Seandainya beberapa sukan dapat diperkasa dengan suntikan dana dan sokongan material serta moral daripada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MSN dan ISN, kontinjen negara mampu untuk beri saingan bermutu tinggi dan dominan dalam disiplin tertentu," katanya pada sidang media rumusan prestasi kontinjen negara, di sini, hari ini.
Semoga Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun dapat menyaksikan lebih banyak kejayaan dan menghadirkan berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan atlet dalam mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Kontinjen Malaysia yang dibarisi 288 atlet dan diketuai Chong berjaya mengharungi cabaran getir untuk meraih enam emas, lapan perak dan 18 gangsa atau keseluruhan 32 pingat. - Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin
Muhammad Ridwan Sahrom mencipta kejutan dengan menyambar pingat emas pada Siri Tiga Piala Presiden hari ini.

Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).

Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.

Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.

Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.

Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.

Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.