Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) merupakan penampilan keduanya dalam temasya dwitahunan itu namun Muhammad Abdul Azim Othman, atau lebih mesra dipanggil Azim, sudah bersedia untuk mengharumkan nama Malaysia.
Anak jati Marang, Terengganu itu berkata walaupun rakan sepasukannya Jeremiah Loo Phay Xing berjaya meraih pingat perak pada Sukan SEA Singapura 2015, tetapi gimnas artistik berumur 20 tahun itu optimis beliau dan pasukannya akan memenangi pingat tanpa mengira warna pada temasya kali ini.
"Jika menang nanti, saya hendak dedikasikan pingat kepada emak, ayah, keluarga, kawan-kawan, jurulatih dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan berterusan kepada kami," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Azim berkata beliau akan beraksi dalam lima daripada enam acara gimnastik artistik lelaki pada temasya ini.
"Saya akan bertanding dalam acara senaman lantai, kekuda berpelana, melombol, palang sejajar dan palang tunggal tetapi tidak dalam acara gelang roman," katanya.
Azim akan memburu emas bersama-sama rakan gimnas Jeremiah, Tan Fu Jie, Azroy Amierol Jaafar, Chau Jern Rong dan Zul Bahrin Mat Asri dalam pertandingan pada 20 Ogos di MITEC.
Menurut pengurus pasukan gimnastik Azmi Hassan, Azim paling berpotensi dalam kategori melombol dalam kalangan rakannya.
"Saya dapat melihat kelebihan bakat Azim dalam acara melombol dari segi persembahan rutin yang sempurna dan tidak terjatuh.
"Bagaimanapun persaing terdekatnya ialah Vietnam, dan semuanya bergantung kepada siapa yang melakukan rutin paling sempurna pada hari pertandingan," katanya.
Jurulatih gimnastik artistik lelaki Ng Shu Liang, yakin anak didiknya akan melakukan yang terbaik dengan mengambil kira latihan intensif dijalani mereka khusus untuk KL2017.
Shu Liang, yang abangnya Shu Wai ialah pemenang pingat perak Sukan Asia Doha 2006 berkata beliau tidak rasa tertekan walaupun anak didiknya bertanding di laman sendiri.
Katanya pesaing yang akan memberikan cabaran sengit pada pasukan negara ialah Vietnam kerana beberapa daripada gimnas mereka ialah pemenang pingat Sukan Asia dan juga Olimpian.
"Tetapi itu tidak melemahkan semangat kami, walaupun mereka gimnas bertaraf dunia, kami akan lakukan yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017

Atlet gimnastik negara Muhammad Abdul Azim pada sesi latihan Sukan SEA ke 29 di Putrajaya pada Jumaat. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.

Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.

PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.

Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.

Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.

'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.