KUALA LUMPUR: Kecaman antarabangsa dan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, seolah-olah langsung tidak menghalang tentera Myanmar meneruskan kempen serangan udara yang menyasarkan kumpulan yang didakwa sebagai pemberontak.
Dalam serangan baru-baru ini, kira-kira 170 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera junta ke atas penduduk awam di kampung Pazigyi di Perbandaran Kanbalu di wilayah Sagaing.
Ketika tekanan antarabangsa terhadap junta tentera masih belum menunjukkan hasil yang diinginkan setakat ini, geostrategis Prof Azmi Hassan berkata penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu memberitahu Bernama bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar hanya memberi kesan yang bersifat sementara.
"Junta mempunyai saluran yang banyak untuk mendapatkan sumber kewangan, contohnya menjual batu permata kepada negara-negara lain yang tidak mempunyai masalah untuk menjual minyak mereka dan bahan-bahan sumber asli yang lain," katanya.
Pengarah di Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM), Dr Rahul Mishra yang turut berkongsi pandangan yang sama berkata: "sekatan tidak akan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa panjang.
Beliau berkata ASEAN sesungguhnya perlu beralih daripada tidak campur tangan kepada campur tangan secara konstruktif atas dasar kemanusiaan untuk membantu memulihkan demokrasi di Myanmar, sambil menambah bahawa tanggungjawab yang sama turut perlu sama dipikul oleh masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) serta rakan dialog ASEAN.
"Kecaman ASEAN terhadap serangan itu menampakkan keikhlasan namun itu tidak memadai.
"Dengan ketiadaan mekanisme penguatkuasaan undang-undang, sukar buat ASEAN untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC). Selagi ASEAN dan negara anggota tidak mengambil pendekatan berasaskan konsensus yang lebih terkoordinasi untuk melaksanakan 5PC, selagi itulah Myanmar tidak akan dapat pulih seperti sediakala," katanya.
5PC yang disepakati pemimpin ASEAN di Jakarta pada April 2021 ialah; untuk menamatkan keganasan, mengadakan perbincangan yang membina dalam kalangan semua pihak berkepentingan, ASEAN menyediakan bantuan kepada Myanmar, utusan khas ASEAN yang dilantik untuk mengadakan perbincangan dan utusan dibenarkan melawat negara itu.
Sementara itu, Azmi berkata pengaruh ASEAN ke atas Myanmar amat terhad sekali tidak mampu untuk memaksa junta tentera melaksanakan sekurang-kurangnya satu atau dua perkara daripada 5PC berkenaan.
Beliau berkata menyingkirkan Myanmar daripada ASEAN tidak menyelesaikan masalah kerana jika Myanmar di luar ASEAN adalah lebih sukar untuk ASEAN mengawal negara ini.
Mengenai sama ada PBB perlu campur tangan dengan menghantar pasukan pengaman ke Myanmar, kedua-dua penganalisis bersetuju bahawa langkah itu boleh membantu Myanmar kembali ke landasan demokrasi. Namun, sudah pasti banyak kekangan untuk merealisasikannya.
"Ia memerlukan persetujuan daripada junta. ASEAN nak hantar pemerhati pun junta tak benarkan, apa lagi menghantar pasukan pengaman. Ia memang cara terbaik tetapi ia memerlukan persetujuan daripada Myanmar. Dalam kes ini junta memang takkan setuju," kata Azmi.
"Itu mungkin satu kemungkinan (PBB menghantar pasukan pengaman). Bagaimanapun, persoalan lebih penting ialah China dan Rusia mungkin tidak menyokong langkah itu dan akan menyekat keseluruhan proses," kata Rahul.
Myanmar dicengkam krisis sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada rampasan kuasa Februari 2021, menyaksikan kira-kira 3,200 orang awam terbunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023
![Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675185961_TByangon.jpg)
Sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar ketika ini hanya memberi kesan yang bersifat sementara.- Fail/BERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728601728_menteri.jpg)
Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.
![PM Thailand seru ASEAN supaya sebulat suara tangani krisis Myanmar PM Thailand seru ASEAN supaya sebulat suara tangani krisis Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728512047_PaetongtarnShinawat.jpg)
PM Thailand seru ASEAN supaya sebulat suara tangani krisis Myanmar
Paetongtarn Shinawatra tekankan keperluan mendesak untuk sebuah Myanmar yang aman, stabil dan bersatu.
![Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662135864_TBMYANMAR.jpg)
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
![Krisis Myanmar: ASEAN tidak tolak ansur terhadap pencabulan nilai kemanusiaan Krisis Myanmar: ASEAN tidak tolak ansur terhadap pencabulan nilai kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683798282_TBjokowiasean.jpg)
Krisis Myanmar: ASEAN tidak tolak ansur terhadap pencabulan nilai kemanusiaan
Pemimpin ASEAN harus menangani isu berkenaan sebaiknya kerana kredibiliti rantau itu terjejas akibat krisis di Myanmar.
![Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675185961_TByangon.jpg)
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
![Komuniti antarabangsa perlu laksana tindakan segera tamatkan krisis Myanmar - MAGM Komuniti antarabangsa perlu laksana tindakan segera tamatkan krisis Myanmar - MAGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664981759_TBHAMIDALBARjpg.jpg)
Komuniti antarabangsa perlu laksana tindakan segera tamatkan krisis Myanmar - MAGM
Penggunaan kekerasan secara sembarangan terhadap orang awam adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
![Pakar PBB puji kepimpinan Malaysia berhubung krisis Myanmar, gesa negara ASEAN lain ambil pendekatan sama Pakar PBB puji kepimpinan Malaysia berhubung krisis Myanmar, gesa negara ASEAN lain ambil pendekatan sama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655974839_TomAndrews.jpg)
Pakar PBB puji kepimpinan Malaysia berhubung krisis Myanmar, gesa negara ASEAN lain ambil pendekatan sama
Thomas Andrews menyatakan penghargaannya terhadap usaha yang ditunjukkan kepimpinan Malaysia berhubung krisis di Myanmar.
![ASEAN perlu ubah strategi bantu selesaikan isu Myanmar - Saifuddin ASEAN perlu ubah strategi bantu selesaikan isu Myanmar - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639552704_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
ASEAN perlu ubah strategi bantu selesaikan isu Myanmar - Saifuddin
ASEAN perlu mengenal pasti masalah sebenar di negara tersebut dan merancang langkah seterusnya dengan sebaik mungkin.
![Krisis Myanmar: Resolusi tiga tuntutan dimuktamad di Jakarta - Hishammuddin Krisis Myanmar: Resolusi tiga tuntutan dimuktamad di Jakarta - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603518822_Hishammuddin.jpg)
Krisis Myanmar: Resolusi tiga tuntutan dimuktamad di Jakarta - Hishammuddin
Malaysia akan menuntut resolusi merangkumi tiga tuntutan penting berhubung krisis di Myanmar, berikutan rampasan kuasa oleh tentera negara itu pada Sidang Tergempar ASEAN di Jakarta.