KUALA LUMPUR: Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 pada Ahad malam.

Kemenangan penyanyi kelahiran Sabah itu melayakkannya memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.

Naib juara AJL 39 menjadi milik lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini menerusi karya ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret menerusi lagu Akim & The Majistret dan lirik oleh Bunga Cantik.

Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau menerusi lagu Aura membawa tuah buat Ernie Zakri apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Persembahan mantap dan mengagumkan dengan tema warna merah berpihak kepada pelantun lagu Puas Sudah, Aina Abdul.