Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim, Sabtu lalu.
Penganalisis dan pemerhati politik berpendapat, cabaran lebih besar menanti gabungan tersebut di Sabah melihat kepada isu pemilihan calon, mengelakkan pertindihan dan perebutan kerusi, selain bentuk rundingan yang boleh digunakan dalam mendamaikan kesemua parti komponen yang ingin bertanding.
Seorang penganalisis, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata isu perebutan kerusi pastinya akan menjadi tumpuan di dalam kem MN, kerana tidak kira UMNO, PAS mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) nescaya akan terasa apabila calon mereka tidak dipilih.
"Perebutan kerusi memang tidak boleh dielakkan. Namun, pengalaman Barisan Nasional (BN) sejak berpuluh tahun dalam isu pengagihan kerusi seharusnya digunakan dengan sebaiknya untuk memastikan kesaksamaan itu.
"Lantas, parti-parti lain dalam MN atau Perikatan Nasional (PN) perlu juga akur tentang isu ini. Jika kesaksamaan ini dapat dipraktikkan dan diselesaikan, isu pengagihan kerusi bukan lagi isu besar," katanya kepada Bernama.
Setiausaha Agung Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa, sebelum ini berkata MN menerima penyertaan Bersatu atas dasar menyatupadukan orang Melayu dan membina kekuatan kelompok teras Melayu-Islam.
Dalam ciapannya pada Selasa, Annuar berkata blok UMNO-PAS-Bersatu telah bersetuju untuk berunding dalam isu pengagihan kerusi dan menggubal bersama-sama manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) gabungan itu selain menyokong kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gabungan tersebut dilihat telah membuktikan kesepakatan mereka tanpa berebut kerusi mahupun pertindihan calon, apabila BN berjaya mengekalkan kerusi DUN PRK Slim dengan kemenangan majoriti lebih besar iaitu 10,945 undi.
Justeru, PRN Sabah bakal menjadi platform memperlihatkan sama ada gabungan tersebut mampu menterjemahkan kejayaan yang sama khususnya demi kestabilan politik orang Melayu dan Islam, kata Nik Ahmad Kamal, yang juga Profesor Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sementara itu, Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata kata putus dan sikap tolak ansur anggota gabungan dalam isu pemilihan calon, logo dan manifesto sewaktu PRN Sabah ini kelak, akan menentukan sama ada gabungan tersebut mampu menempuh PRU15 sebagai sebuah entiti.
Tegasnya, perkara tersebut perlu diputuskan sebelum boleh ke medan perang di Sabah dan berdepan PRU15, cabaran lebih besar yang bakal menguji sejauh mana kestabilan dan kesepakatan telah diraih dan disemai, baik di peringkat pucuk kepimpinan mahupun peringkat akar umbi.
"Perikatan Nasional (PN) dan MN perlu putuskan dan selesaikan isu tersebut kerana kewujudan kedua dua entiti ini bukan sahaja akan mengelirukan pengundi tapi menyukarkan rundingan pembahagian kerusi. Sukar untuk PN dan MN wujud pada satu masa kerana pemain utama kedua-dua entiti ini adalah sama," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik Md Shukri Shuaib dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan langkah pendamaian untuk tidak berebut kerusi di PRN Sabah itu antara faktor penting dalam meredakan ketegangan.
Jelasnya, ia juga satu petanda baik bahawa perebutan kuasa dan jawatan peringkat tertinggi tidaklah serius dalam MN dan PN khususnya antara Bersatu dan UMNO sekali gus memperlihat sifat matang ke arah merealisasikan demokrasi profesional dan langkah politik silaturahim.
"Persetujuan bersama untuk berkompromi dan bersepakat itu kena pada waktunya. Rakyat terutamanya majoriti orang Melayu dan bumiputera mahukan supaya parti politik Melayu dan Bumiputera yang berkuasa dapat menjana kesepakatan.
"Ia lambang betapa permusuhan antara parti dapat diredakan bagi mencapai matlamat yang lebih serius," katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sabah ke-16.
Hari pencalonan pula ditetapkan pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020
PRN Sabah bakal menjadi platform memperlihatkan sama ada gabungan MN mampu menterjemahkan kejayaan yang sama seperti PRK DUN Slim khususnya demi kestabilan politik orang Melayu dan Islam. - Gambar hiasan
Dasar, program pendidikan tanpa persediaan rapi hanya akan membawa kegagalan - Anuar Ahmad
Sejarah menyaksikan pelbagai dasar dan inisiatif pendidikan yang dengan peruntukan menelan belanja berbilion ringgit, namun semuanya gagal
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.
'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.