KUALA LUMPUR:Tatkala semakin banyak negara menyaksikan kemunculan pemimpin-pemimpin muda menerajui negara masing-masing, di Malaysia pula barisan pemimpin muda masih belum menyerlah atau terus dibayangi pemimpin golongan veteran.
Sanna Marin pada usia 34 tahun menjadi perdana menteri termuda di dunia dengan menerajui kerajaan baharu Finland pada Disember 2019. Wanita itu merupakan antara semakin ramai perdana menteri di bawah usia 40 tahun selain Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, 39, Oleksiy Honcharuk, 36, (Ukraine) dan Kim Jong Un, 35, (Korea Utara).
Untuk rekod, pemimpin-pemimpin kanan di negara ini berada dalam lingkungan umur 65 hingga 95 tahun. Pemimpin paling veteran dan masih aktif adalah bekas perdana menteri dan Presiden Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 95 tahun, diikuti pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, 81, yang dilihat sebagai antara 'key player' dalam kemelut politik masa kini 'siapa ada majoriti di Dewan Rakyat'.
Kesemua yang lain juga bukan muda. Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berusia 73 tahun, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (73), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (72) dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu (66).
Walaupun terdapat ramai pemimpin muda yang aktif, antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (44), Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah (39), bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (27), bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan yang lain, namun mereka ini tidak diketengahkan dan masih dibayangi pemimpin veteran politik.
Wujud realisasi akan ketandusan jiwa muda dalam arena politik negara yang menyebabkan beberapa pemimpin muda termasuk Syed Saddiq cuba menyerlahkan pembabitan golongan muda dalam politik melalui platform politik MUDA. Tetapi mampukah mereka membawa perubahan.
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik, iaitu masih mahu kekal sebagai idola dalam parti dan arena politik yang menyebabkan pemimpin muda atau pelapis gagal mendapat tempat bagi menggantikan pemimpin politik veteran berkenaan.
Penyelidik Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeOpeS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata faktor kedua pula adalah budaya politik Malaysia yang masih mengikat pemikiran ahli parti dan pemimpin parti pertengahan (semua parti di Malaysia) agar akur dengan pemimpin veteran.
"Tanggapan ini adalah bahawa pemimpin veteran masih ada 'sengat', diingati jasa baktinya, malah paling tidak wajar pula, ada pemikiran yang bersifat beralah kerana mengganggap pemimpin veteran ini ada aura. Kalau mereka ditiadakan dalam radar politik tanah air akan menyebabkan suasana politik menjadi tidak stabil," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau berkata pemimpin muda perlu bangkit dan bersuara menyatakan bahawa politik sebenar menyentuh aspirasi rakyat selain mencari jalan untuk membujuk pemimpin veteran dan ahli parti agar membuat perubahan 360 darjah daripada segi kepimpinan dan budaya politik agar sesebuah parti malah kerajaan yang memerintah, kekal relevan mengikut perubahan arus masa dan zaman.
Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Jeniri Amir menyifatkan golongan muda kurang mendapat kedudukan dan tempat dalam landskap politik negara dan ini berkemungkinan kerana rata-rata parti politik kurang berkeyakinan serta percaya terhadap kepimpinan orang muda.
"Apa yang berlaku hari ini adalah kesan daripada kepimpinan terdahulu. Ini adalah hasil 10 hingga ke 15 tahun lepas apabila mereka tidak melibatkan orang muda dalam arena politik, tiada peluang diberikan untuk mara ke hadapan dalam barisan kepimpinan parti.
"Sepatutnya beri mereka pendedahan. Apabila terlampau ramai pemimpin berusia, ia menyebabkan wujud jurang yang besar, jadi di mana wakil suara anak muda?," soalnya dan mengakui proses menggilap bakat kepimpinan daripada kalangan generasi muda bukan mudah kerana ia memerlukan masa dan kelayakan seseorang individu.
Menurut Jeniri, kredibiliti dan kelayakan pelapis itu juga tidak seharusnya disandarkan kepada latar belakang pendidikan semata-mata sebaliknya pengalaman politik, kemahiran komunikasi dan menyantuni rakyat juga perlu dititikberatkan dalam resume politik mereka.
Sementara itu, geostrategis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan berkata politik Malaysia banyak berkisar kepada sokongan akar umbi kepartian iaitu pengundi hanya memberi peluang kepada ahli politik yang terserlah ke hadapan.
"Orang muda bila aktif politik kepartian, terpaksa bermula dari bawah dan mengambil masa lama. Orang lama dalam parti pula sukar memberi peluang untuk anak muda membuat penampilan dalam parti. Bukan anak muda tiada bakat berpolitik, tetapi terlalu banyak kekangan yang dikenakan mereka yang lebih veteran.
"Pengalaman berpolitik memakan masa kerana sistem perkaderan parti mengikut hierarki. Tetapi jika parti memberi peluang terutama melalui cabang anak muda, maka kredibiliti anak muda dapat dipupuk kebih awal. Masalahnya cabang anak muda dalam parti itu selalu dibayangi oleh cabang yang dianggotai oleh ahli yang berpengalaman," jelasnya.
Beliau menarik perhatian, hakikatnya anak muda yang bergiat politik perlu digandingkan dengan mereka yang lebih berpengalaman supaya kredibiliti dapat dibentuk, namun kesemuanya memerlukan perancangan dan tidak akan berlaku secara spontan.
Azmi berkata pengundi perlu turut memainkan peranan dalam memilih pemimpin baharu dan perubahan seperti dipamerkan pengundi Finland, New Zealand dan yang sedang berlaku di Singapura ketika ini apabila kumpulan pelapis dan proses pergantian pemimpin lama telah dirancang serta dimaklumkan kepada rakyat mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Jeniri menyifatkan golongan muda kurang mendapat kedudukan dan tempat dalam landskap politik negara dan ini berkemungkinan kerana rata-rata parti politik kurang berkeyakinan serta percaya terhadap kepimpinan orang muda. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.