KUALA LUMPUR: Pelayar berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi atlet muda, Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi laman X memaklumkan, atlet berusia 30 tahun itu menempah tiket ke temasya berprestij dunia itu selepas menduduki tempat ketiga dalam acara ILCA 7 lelaki Single-Handed Dinghy di kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis.
Khairulnizam merupakan atlet kesepuluh negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas Nur Shazrin, tiga pelumba berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Johnathan Wong (menembak).
Empat lagi atlet Bertrand Rhodict Lises (terjun), Ariani Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat).
Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 dan 2014 itu membuat penampilan sulung pada edisi 2012 di London, diikuti 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sebelum di Tokyo 2020.
Pada penampilannya di Olimpik Tokyo, Khairulnizam yang beraksi dalam acara laser menamatkan saingan di kedudukan ke-28 dari 35 peserta.
Aksinya di Rio menyaksikan beliau mengakhiri saingan di kedudukan ke-35 dari 46 peserta manakala pada Olimpik London 2012, beliau berada di tempat ke-47 daripada 49 peserta. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024

Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi atlet muda Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu. - Gambar fail/FB Khairulnizam Mohd Afendy

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Olimpik Paris 2024: Khairulnizam, Nur Shazrin terlepas peluang rebut pingat
Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif, menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan tangan kosong.

Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.

Atlet pelayaran Khairulnizam julang Piala Eropah
Pelayar dari Selangor berumur 28 tahun itu menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7 dengan mengumpul 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan yang dijadualkan.

Khairulnizam, Nurul Alyani - Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2018
Kedua-dua pemenang masing-masing membawa pulang sijil, trofi serta hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM Prof. Ir. Dr Mohd Azraai Kassim pada majlis anugerah tersebut.

Rio 2016: Khairulnizam kecewa dengan kesilapan sendiri
Khairulnizam yang kini menduduki tempat ke 40 keseluruhan, mengakui kegagalan pada hari kedua itu adalah kesilapannya sendiri dan bertekad akan bangkit untuk perlumbaan esok.

Olimpik: Chong Wei ceriakan kem Malaysia yang datang awal ke Rio
Tan Sri Muhammad Al Amin Abdul Majid berkata semua atlet suka berada di samping Chong Wei, berjenaka dan merakamkan selfie dengannya.

Khairulnizam lebih arif selepas Olimpik London
Pelayar berusia 23 tahun itu berkata beliau gembira dengan keadaan dan suasana di venue kerana keadaan tiupan angin adalah berbeza setiap hari.

Tidak takut nyamuk, lebih bimbang kebersihan venue pelayaran Olimpik Rio
Khairulnizam adalah atlet terbaru negara yang pulang dari program latihan menyesuaikan diri dengan venue pertandingan Sukan Olimpik Rio 2016.