Atlet Malaysia dalam mood ceria di Perkampungan Sukan walaupun sebahagian daripada mereka tiba lebih awal di sini berbanding atlet lain sebelum pertandingan sebenar mereka bermula di Sukan Olimpik Rio di sini.
Atlet paling lama berada di sini, pelayar Khairulnizam Mohd Afendy yang tiba pada 12 Julai manakala pelayar wanita pertama yang mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik, Nur Shazrin Mohd Latif tiba pada 24 Julai.
Acara pelayaran bermula pada 14 Ogos.
Dua pelumba negara, Mohd Azizulhasni Awang dan pelumba wanita Fatehah Mustapa hanya tiba di sini hari ini selepas sebulan menjalani latihan di Portugal.
Walaupun dihimpit keletihan terutama apabila mengenangkan jangkaan terkeluar awal, 32 atlet Malaysia hadapi cabaran itu dengan semangat juang yang tinggi.
Khairulnizam, yang membuat kemunculan kedua di Sukan Olimpik selepas edisi London pada 2012, apabila ditanya apakah perasaannya menjalani latihan dan berjauhan dari keluarga bagi tempoh yang panjang, hanya melemparkan senyuman lebar.
"Untuk menjadi juara, anda harus lakukan pengorbanan," katanya.
Khairulnizam berkata keselesaan di rumah, bersama teman-teman dan keluarga adalah sesuatu yang amat didambakan ketika berada di perantauan bagi tempoh yang lama.
"Saya tidak boleh nafikan saya amat rindukan masakan ibu dan juadah Malaysia...ia tidak dapat diperoleh di sini," katanya.
"Walaupun ketika menyertai kejohanan antarabangsa dan Olimpik, anda mempunyai pelbagai pilihan juadah, tetapi anda tidak berpeluang menikmati teh tarik atau nasi lemak seperti di Malaysia," kata pelayar berusia 23 tahun itu yang bertuah kerana bapanya, Mohd Afendy Abdullah merupakan jurulatih pasukan tersebut di sini.
Sebaliknya, Chef-de Mission, Tan Sri Muhammad Al Amin Abdul Majid berkata walaupun semangat atlet berkobar-kobar tetapi mereka rindukan juadah rutin di Malaysia.
"Kami tidak boleh bawa tukang masak ke sini kerana ini adalah Sukan Olimpik," katanya.
Datang awal ke Rio, katanya adalah keputusan bijak bagi membolehkan atlet hilangkan masalah lamban jet dan sesuaikan diri dengan cuaca dan suasana venue.
Beliau berkata keakraban dalam kalangan atlet adalah terpuji dan suasana yang baik wujud di kem kerana atlet fokus dengan misi mereka untuk membawa kehormatan bagi negara.
Al Amin berkata atlet mempunyai saluran komunikasi mereka sendiri untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di tanah air dan cara itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan rindu mereka.
"Mereka menghubungi orang tersayang melalui media sosial dan skype," katanya.
Katanya Datuk Lee Chong Wei, ikon badminton negara, seperti abang kepada atlet yang lain kerana akan mewujudkan suasana ceria serta memberi mereka sokongan dan motivasi.
"Semua atlet suka berada di samping Chong Wei, berjenaka dengannya dan merakamkan selfie dengannya dan pemain badminton itu memang seorang yang peramah dan sudi mendengar masalah mereka," katanya.
Bernama
Sun Aug 07 2016

Jaguh Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang mengetuai kontinjen negara pada upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik Rio 2016 pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Olimpik Paris 2024: Khairulnizam, Nur Shazrin terlepas peluang rebut pingat
Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif, menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan tangan kosong.

Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.

Atlet pelayaran Khairulnizam julang Piala Eropah
Pelayar dari Selangor berumur 28 tahun itu menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7 dengan mengumpul 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan yang dijadualkan.

Khairulnizam, Nurul Alyani - Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2018
Kedua-dua pemenang masing-masing membawa pulang sijil, trofi serta hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM Prof. Ir. Dr Mohd Azraai Kassim pada majlis anugerah tersebut.

Rio 2016: Khairulnizam kecewa dengan kesilapan sendiri
Khairulnizam yang kini menduduki tempat ke 40 keseluruhan, mengakui kegagalan pada hari kedua itu adalah kesilapannya sendiri dan bertekad akan bangkit untuk perlumbaan esok.

Olimpik: Chong Wei ceriakan kem Malaysia yang datang awal ke Rio
Tan Sri Muhammad Al Amin Abdul Majid berkata semua atlet suka berada di samping Chong Wei, berjenaka dan merakamkan selfie dengannya.

Khairulnizam lebih arif selepas Olimpik London
Pelayar berusia 23 tahun itu berkata beliau gembira dengan keadaan dan suasana di venue kerana keadaan tiupan angin adalah berbeza setiap hari.

Tidak takut nyamuk, lebih bimbang kebersihan venue pelayaran Olimpik Rio
Khairulnizam adalah atlet terbaru negara yang pulang dari program latihan menyesuaikan diri dengan venue pertandingan Sukan Olimpik Rio 2016.