Nasib ternyata tidak menyebelahi Khairulnizam apabila beliau tidak dapat berlumba pada saingan dekat Marseille Marina, selepas perlumbaan kesembilan dan kesepuluh single-handed dinghy ILCA 7 lelaki dibatalkan.
Pembatalan tersebut menyaksikan Khairulnizam menutup kempen keempatnya di pentas Olimpik dengan menduduki tempat ke-32 (168 mata penalti), selepas hanya mampu bersaing dalam lapan perlumbaan di lokasi yang terletak kira-kira empat hingga lima jam perjalanan, dari sini.
Dalam pada itu, Nur Shazrin turun satu anak tangga dengan menduduki tempat ke-35 (215 mata penalti) selepas sembilan perlumbaan single-handed dinghy ILCA 6 wanita, manakala perlumbaan kesepuluh acara sama dibatalkan.
Hanya 10 pelayar teratas mara ke perlumbaan pingat pada Selasa.
-- BERNAMA
