Zii Jia tewas mudah 14-21, 15-21 kepada jaguh Thailand berkenaan tetapi dia kemudian menebusnya dengan memenangi pingat gangsa dengan menewaskan wakil India, Laksya Sen, sehari kemudian.
Bercakap kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), pemain berusia 26 tahun itu mengimbau kembali apa yang dilaluinya sepanjang temasya itu.
"Selepas tewas kepada Kunlavut, saya amat tertekan. Saya tidak boleh makan dan turun 1 hingga 2 kg.
Saya timbang berat badan saya sehari selepas itu. Saya juga tidak boleh bersarapan.
"Saya terpaksa makan Panadol sebelum perlawanan (bertemu Lakhsya Sen) kerana saya rasa sudah tidak sihat tetapi saya mengatasi masalah itu dan memenangi pingat gangsa," katanya.
Lee Zii Jia akan beraksi dalam Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China pertengahan bulan depan. -- Stadium Astro