PERJALANAN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans, tamat di peringkat suku akhir apabila tewas secara set langsung kepada pemain bukan pilihan dari Ireland, Nhat Nguyen di Palais des Sports lewat malam tadi.

Turun selaku pilihan utama, Zii Jia, yang baru pulih daripada kecederaan kaki, kelihatan bergelut untuk mendapatkan pendahuluan selesa dalam set pertama sehinggalah berhasil mendahului 18-16.

Bagaimanapun, selepas kembali mengikat kedudukan 21-21, dia membenarkan lawan memperoleh dua mata terakhir untuk akur tewas 23-21.

Aksi dalam set kedua pula menyaksikan penguasaan total Nhat Nguyen, di mana sebaik berada di kedudukan 11-7, dia langsung tidak membenarkan Zii Jia memperoleh sebarang mata untuk ke separuh akhir dengan kemenangan 21-7 selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit. - Stadium Astro