Turun selaku pilihan kelapan, Arif dan Roy King berusaha keras menyaingi lawan tu sebelum mula menguasai pertengahan permainan.
Biarpun Jhe Huei-Po Hsuan cuba mengejar pada penghujung set pertama, Arif dan Roy King kekal tenang untuk mencatatkan kemenangan 21-19.
Aksi kian sengit dalam set kedua tetapi sebaik mengikat kedudukan 14-14, Arif dan Roy King tidak pernah ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 36 minit.
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, bagi penentuan ke final hari ini. - Stadium Astro
