Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Astro Arena
Wed Jan 08 2025
Zii Jia mengambil keputusan itu bagi memberikan fokus kepada pemulihan daripada kecederaan ligamen buku lali yang dialaminya.- Gambar fail
PEMAIN profesional lelaki negara , Lee Zii Jia, mengambil keputusan untuk tidak menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Dia mengambil keputusan itu bagi memberikan fokus kepada pemulihan daripada kecederaan ligamen buku lali yang dialaminya ketika di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.
Perkara itu disahkan Team LZJ menerusi perkongsian di laman X semalam dengan turut menjelaskan pemain berusia 26 tahun itu sedang dipantau rapi pakar perubatan sebelum dibenarkan untuk membuat penampilan pertama tahun ini. -- Stadium Astro