Ketika Azzurri bersiap sedia menghadapi pasukan kendalian Julian Nagelsmann dalam suku akhir Liga Negara-Negara, Bierhoff menegaskan skuad Luciano Spalletti tidak memiliki tahap kualiti yang sama seperti pasukan Itali yang pernah dihadapinya.
“Itali tidak lagi menjadi lawan yang paling ditakuti, pasukan yang selalu memberi masalah.
“Ini terutama Piala Dunia 2006, Azzurri memiliki tahap kualiti berbeza. Saya percaya kemenangan Euro 2020 adalah pencapaian hebat.
“Tetapi secara keseluruhan, ramai pemain hari ini tidak berada pada tahap sama seperti pemain masa lalu,” kata Bierhoff.
Bierhoff yang bersama AC Milan dari 1998 hingga 2001 dengan 91 penampilan serta 36 jaringan mengakui Itali sebelum ini sering menyebabkan Jerman merasa tertekan.
Bekas penyerang berusia 56 tahun itu mengaku tidak terkejut apabila mereka disingkirkan Itali pada separuh akhir Piala Dunia 2006.
“Kerana mereka mempunyai begitu banyak kualiti. Pasukan menang walaupun selepas masa tambahan sentiasa mempunyai sesuatu yang lebih, sama seperti kami ketika menentang Argentina pada 2014.
“Di Dortmund, kami menunjukkan semangat juang, fizikal dan semangat berpasukan. Kami memberi 105 peratus.
"Tetapi Itali mempunyai sedikit kelainan. Lihat saja sentuhan (Alessandro) Del Piero.
“Pada akhirnya, inilah detik-detik yang menentukan pemenang seperti perlawanan ini, kualiti, ketekunan dan konsistensi,” ujarnya.
LIGA NEGARA-NEGARA EROPAH
JUMAAT (21 MAC)
SUKU AKHIR PERTAMA
Belanda lwn Sepanyol, 3.45 pagi
Croatia lwn Perancis, 3.45 pagi
Denmark lwn Portugal, 3.45 pagi
Itali lwn Jerman. 3.45 pagi
- Sinar Harian
