ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 September 2024.


1. Enam petugas terkorban dalam serangan Israel ke atas sekolah di Gaza - UNRWA

Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam dua serangan udara ke atas Sekolah al-Jaouni di Kem Pelarian Nuseirat pada Rabu.



2. Korea Selatan: Bilangan doktor bilik kecemasan turun lebih 40 peratus - Tinjauan

Seramai 535 doktor berkhidmat di 53 hospital pengajar utama di seluruh negara setakat Selasa, turun daripada 914 tahun lepas.


3. Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025

Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.


4. PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara

Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.


5. Potret Winston Churchill yang dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali

Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.


6. Taufan Yagi: Angka korban di Vietnam hampiri 200 orang

Tanah runtuh dan banjir besar yang dicetuskan oleh Taufan Yagi telah meragut sekurang-kurangnya 197 nyawa di Vietnam, manakala lebih 100 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Khamis.


7. Mata wang kripto Indonesia Indodax digodam, rugi AS$20 juta

Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik.


8. EA, Ubisoft, Activision, Roblox dilapor ke Suruhanjaya Eropah, didakwa tipu pelanggan

Antara isu yang dibangkitkan oleh BEUC ialah syarikat permainan video itu tidak telus dengan pelanggan khususnya kanak-kanak.


9. Bekas eksekutif Samsung ditahan, bocor teknologi pembuatan cip ke China

Dua bekas eksekutif Samsung telah ditahan oleh polis Korea Selatan kerana disyaki menjual rahsia teknologi pembuatan cip memori syarikat tersebut dan telah membuka sebuah kilang di China.


10. Sekolah Eropah ketatkan peraturan penggunaan telefon bimbit

Negara Eropah semakin meningkatkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan telefon bimbit, media sosial dan bentuk komunikasi digital.