Pemain Itali itu terus menunjukkan peningkatan sepanjang musim ini walaupun berdepan kes doping yang masih membayangi dan boleh menyebabkan penggantungan, lapor PA Media/dpa.
Kemenangan 6-4, 6-4 ke atas pemain pilihan kelima Taylor Fritz, menandakan 26 kemenangan daripada 27 perlawanan terakhirnya, termasuk kejayaan meraih kejuaraan grand slam kedua tahun ini di Terbuka Amerika Syarikat, dua trofi Masters 1000, dan kini Akhir ATP.
Sinner tampil dominan di Turin, memenangi kesemua lima perlawanan tanpa kehilangan sebarang set, dan menjadi juara Itali pertama dalam sejarah kejohanan itu.
Pemain berusia 23 tahun itu meraikan kemenangannya di hadapan penyokong yang bersorak gembira, dan tahun ini mungkin membawa satu lagi detik manis, apabila Sinner bersedia ke Malaga untuk membantu Itali mempertahankan kejuaraan Piala Davis.
-- BERNAMA