PERGADUHAN tercetus di sebuah jalanan berdekatan bandar besar Jerman yang menyaksikan penyokong England melakukan provokasi terhadap peminat tuan rumah susulan kekalahan juara Piala Dunia 2014 itu di tangan Sepanyol, awal pagi tadi.

Menurut seorang saksi di situ, kumpulan penyokong The Three Lions itu meraikan kekalahan skuad Juliann Nagelsmann dengan sinonim negara itu tidak pernah memenangi perang dunia sebelum ini.


Pertengkaran tersebut melibatkan kira-kira 20 warga tempatan yang mahu mempertahankan maruah mereka terhadap kebiadaban penyokong asing itu. - Stadium Astro