Portugal membuka kempen Kumpulan F dengan kemenangan 2-1 ke atas Czechia, Rabu lalu, apabila pemain gantian, Francisco Conceicao, untuk mencetak gol kemenangan pada minit ke-92.
Ronaldo -– penjaring terbanyak EURO dengan 14 gol -– bermain sepanjang 90 minit dalam perlawanan pembukaan membabitkan Selecao itu serta muncul pemain pertama yang beraksi dalam enam edisi berbeza kejohanan (2004, 2008, 2012, 2016, 2020 dan 2024).
Pemilik lima Ballon d'Or itu menyaksikan tempatnya dalam barisan Portugal menjadi topik perdebatan sejak dia digugurkan secara mengejut oleh Fernando Santos dalam Piala Dunia 2022.
Martinez, bagaimanapun, berasakan pemain berusia 39 tahun itu lebih daripada mampu untuk memainkan peranan sepanjang perlawanan dengan berkata: "Berapa banyak perlawanan yang dimainkan Cristiano musim lalu?
"Tiada pemain lain yang pernah beraksi dalam enam Kejohanan Eropah. Dia membawa pengalaman, dia menawarkan kami peluang untuk menjaringkan gol dan membuka ruang.
"Kami telah menganalisis data dan boleh melihat apa yang dia lakukan. Dia berada di dalam pasukan kerana dia berhak mendapatnya. Dia boleh bermain setiap empat hari."
*Artikel disiarkan di Stadium Astro