MOSCOW: Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman, pada Ahad, menurut laporan media Jerman yang dipetik Sputnik.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu mengasari pegawai polis pada 12.30 tengah malam waktu tempatan (10:30 GMT), menjelang perlawanan peringkat kumpulan Euro 2024 antara Belanda dan Poland, lapor akhbar Bild.

Menurut laporan itu, pegawai polis pada awalnya menggunakan semburan lada terhadap penyerang dan kemudian melepaskan tembakan. Lelaki itu rebah selepas beberapa tembakan dilepaskan, menurut akhbar berkenaan. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil.

Motifnya masih belum diketahui, lapor Bild.

-- BERNAMA