KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad bimbang pengurangan elaun latihan kepada atlet pada tahun ini, berisiko menjejaskan pencapaian negara di temasya dwitahunan berlangsung Mei ini.
Beliau yang menganggap tidak adil untuk melakukan pemotongan besar yang 'menekan' persatuan dan atlet, merayu supaya Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan, menilai balik penyelarasan elaun tersebut.
Menurut Nur Azmi yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), beberapa persatuan sukan kebangsaan telah pun menghubunginya untuk menyuarakan kebimbangan dan mengadu mengenai perkara berkenaan.
"Elaun dipotong dengan begitu banyak, bagi atlet sepenuh masa, mereka tiada pendapatan lain. Kita tidak mahu kehilangan ramai atlet yang mungkin berhenti atau bersara awal sebab rasa lebih baik fokus pelajaran dan kerjaya.
"Kita setuju elaun dipotong tetapi bukan terlalu banyak kerana atlet berkorban, kerah tenaga untuk menjulang nama negara. Kita cemburu dengan negara-negara lain yang berjaya menang emas Olimpik dan juarai kejohanan dunia, tetapi sendiri tidak jaga kebajikan sukan.
"Kalau atlet berada dalam keadaan tertekan, masih hantar juga ke kejohanan, mungkin tidak ada keputusan (yang dimahukan)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) di Wisma OCM di sini pada Sabtu.
Nur Azmi berkata antara lain, kerajaan boleh mengembalikan konsep rakan sukan dengan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi bapa angkat kepada persatuan sukan kebangsaan memandangkan bukan semua persatuan sukan kaya dan mampu menjana pendapatan.
"Jika GLC mampu memberikan sejuta untuk satu persatuan pun sudah cukup baik dan ia tidak membebankan kerajaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini, sebanyak 180 atlet layak beraksi dalam Kategori A (semua kos ditanggung) di Sukan SEA bermula 12-25 Mei ini, tetapi pemillihan atlet hanya dilakukan selepas Tahun Baharu Cina.
Pada Rabu lepas, MSN mengumumkan penyelarasan semula elaun susulan keadaan semasa ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, selain bencana alam melanda negara baru-baru ini.
Ia menyaksikan pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan menerima elaun RM2,000, manakala pemenang pingat perak dan gangsa menerima nilai sama berjumlah RM800, manakala RM800 buat atlet senior dan RM500 buat atlet pelapis yang berada dalam program tetapi tidak meraih pingat.
Elaun latihan bagi atlet yang merangkul pingat Sukan Asia/Para Asia dan Sukan Komanwel pula adalah sama, menyaksikan pemenang emas menerima kadar elaun RM4,500 diikuti RM4,000 (perak) dan RM3,500 (gangsa), manakala RM7,500 bakal menanti pemenang emas Sukan Olimpik/Paralimpik diikuti RM7,000 (perak) dan RM6,000 (gangsa).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Nur Azmi menganggap tidak adil untuk melakukan pemotongan besar yang 'menekan' persatuan dan atlet. - Foto fail/BERNAMA
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.