KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran wakil Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura 2024 di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.
Pada aksi pusingan pertama, bekas juara dunia itu diberi saingan hebat pasangan Taiwan Chang Ko-chi-Po Li-wei sebelum meraih kemenangan 22-20, 21-17 dalam tempoh 41 minit.
Gandingan kelima dunia itu yang dilihat sebagai prospek pingat negara di Sukan Olimpik Paris 2024 bermula Julai depan akan bertemu beregu Taiwan Lee Yang-Wang Chi-lin.
Aaron-Wooi Yik sebelum ini mengalami kekecewaan selepas terkandas di pusingan suku akhir kejohanan Masters Malaysia, minggu lepas.
Mengiringi kemaraan Aaron-Wooi Yik ialah satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan gandingan Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-12, 21-11 dan akan membuat perhitungan berdepan pilihan kelima kejohanan dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Dalam saingan beregu campuran, gandingan negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalahkan pasangan Jerman Jan Colin Voelker-Isabel Lohau 21-14, 21-11 dan akan bertemu Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda di pusingan kedua.
Dalam pada itu, pemain perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama selepas tumbang 20-22, 18-21 kepada pilihan ketiga kejohanan Carolina Marin dari Sepanyol.
Terdahulu, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan hamstring yang dialami sekali gus menyaksikan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia diberikan kemenangan percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Pada aksi pusingan pertama, bekas juara dunia itu diberi saingan hebat pasangan Taiwan Chang Ko-chi-Po Li-wei sebelum meraih kemenangan 22-20, 21-17 dalam tempoh 41 minit. - Gambar fail/FB BAM
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau umum letak jawatan
Berikutan perbezaan pendapat yang semakin meningkat dalam Parti Liberal pimpinannya, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
Korban keenam disahkan dalam serangan rempuhan kereta di pasar Krismas Jerman
Wanita berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di hospital, menurut Pejabat Pendakwa Raya Naumburg di Saxony-Anhalt.
Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Dasar tarif Trump berisiko kurangkan kuasa beli pengguna teknologi AS sehingga US$143 bilion - Persatuan
Pembelian komputer riba dan tablet boleh merosot sehingga 68 peratus, manakala penggunaan konsol permainan video mungkin turun 58 peratus.
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.
Kuih kapit Kamsiah jadi pilihan musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina
Kamsiah kini telah banyak menerima tempahan kuih kapit itu untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada penghujung bulan ini.
Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024, hari ini.
Soon Huat-Shevon naib juara Terbuka China 2024
Pasangan suami isteri itu tewas kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21.
Terbuka China: Goh Soon Huat-Shevon Lai singkir pilihan ketiga untuk ke separuh akhir
Goh Soon Huat-Shevon Lai menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin untuk mara ke separuh akhir Terbuka China.
Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China untuk bergelar juara
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea selepas berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.
Olimpik Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei tewaskan AS, mara ke suku akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.
Aaron-Wooi Yik 'mandi peluh' sebelum ke pusingan kedua Terbuka Singapura
Beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran wakil Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura 2024 di Stadium Tertutup Singapura.
Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Tebus kekecewaan 2017 dengan julang kejuaraan menewaskan pasangan Indonesia.
Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal kepada arena badminton negara
Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengucapkan selamat tinggal kepada "lubuk rezeki" mereka setelah meraih pelbagai kejayaan di peringkat dalam dan luar negara.