Ringkasan AI
- Beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas di perlawanan akhir Terbuka China kepada pasangan tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dengan skor 21-16, 14-21, 17-21.
- Sebagai naib juara, mereka membawa pulang AS$70,000 (RM294,350) dan trofi, manakala pemenang meraih AS$148,000 (RM622,340) dan trofi.
- Pasangan ini telah memenangi Terbuka Switzerland pada Mac dan Masters Malaysia pada Mei tahun ini.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung selama 72 minit di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pasangan suami isteri itu tewas kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21.
Kekalahan Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking ke-12 dunia itu meleburkan impian untuk muncul beregu campuran pertama negara menjuarai kejohanan berstatus Super 1000.
Bagaimanapun mereka mengulangi pencapaian gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang turut muncul naib juara pada edisi 2012.
Selaku naib juara, Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$70,000 (RM294,350) berserta trofi manakala Yan Zhe-Dong Ping meraih AS$148,000 (RM622,340) dan juga trofi.
Untuk rekod pasangan negara itu sebelum ini berjaya meraih gelaran Terbuka Switzerland pada Mac lalu dan Masters Malaysia pada Mei.
--BERNAMA