KUALA LUMPUR: Beregu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk merebut gelaran juara Persekutuan Badminton Dunia (BMW) apabila tewas kepada pasangan dari China dalam aksi final Terbuka China di Changzhou Olympic Sports Centre hari ini.
Pasangan pilihan keenam itu ternyata tidak dapat menandingi kehebatan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, tewas dengan keputusan 21-12, 21-14 dalam masa 26 minit.
Ini merupakan kemenangan kelima beregu dari China itu dalam enam pertemuan dengan pasangan negara sebelum ini.
Aaron-Wooi Yik mara ke peringkat final selepas menewaskan juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan dalam pertembungan separuh akhir semalam, manakala pasangan China itu pula mara selepas kejayaan menundukkan beregu dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Satu-satunya pasangan lelaki negara yang pernah menjadi juara Terbuka China ialah Datuk Razif Sidek-Datuk Seri Jalani Sidek pada tahun 1989.
Terdahulu juara dunia perseorangan lelaki Viktor Axelsen mempamerkan persembahan mantap untuk muncul juara kejohanan.
Axelsen menewaskan pemain tuan rumah yang merupakan pilihan ke-15 dunia Lu Guang Zu dengan 21-16, 21-19 dalam masa 49-minit, menjadikan beliau sebagai pemain kedua dari Denmark yang pernah menjuarai perseorangan lelaki Terbuka China, selepas kejayaan Jan O Jorgensen pada tahun 2016.
Dalam penentuan juara perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia An Se Young dari Korea Selatan menundukkan pemain nombor dua dunia yang juga juara 2017 Akane Yamaguchi dari Jepun dengan 21-10, 21-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Pasangan pilihan keenam itu ternyata tidak dapat menandingi kehebatan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, tewas dengan keputusan 21-12, 21-14 dalam masa 26 minit. - Gambar fail/Stadium Astro

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Selepas cemerlang di Terbuka China, Izzudin dianugerah cahaya mata pertama
Pemain badminton beregu negara, Nur Izzudin Mohd Rumsani selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Isnin.

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.

Soon Huat-Shevon naib juara Terbuka China 2024
Pasangan suami isteri itu tewas kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21.

Terbuka China 2024: Soon Huat-Shevon mara ke pentas final
Pasangan suami isteri yang berada di ranking ke-12 dunia itu tampil dengan aksi positif bagi menumbangkan lawannya 21-18 dan 21-18, dalam tempoh 51 minit.

Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir
Pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini.

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei hanya perlu 26 minit untuk mara ke pusingan kedua
Gandingan kesembilan dunia itu mudah menewaskan K.Sathish KumarAadya Variyath dengan keputusan straight set 21-14, 21-11.

Aaron-Wooi Yik terpaksa lupakan Terbuka China 2024
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou.

Pasangan Aaron-Wooi Yik tewas di final Terbuka China
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk merebut gelaran juara BMW apabila tewas kepada pasangan dari China dalam aksi final Terbuka China di Changzhou Olympic Sports Centre hari ini.

Badminton Terbuka China: Aaron-Wooi Yik tundukkan juara dunia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bergaya melangkah ke final Terbuka China mengatasi juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Sung Jae, sebentar tadi.

Dua beregu campuran negara mara ke separuh akhir Terbuka China
Dua beregu campuran negara berhasil menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2023, selepas menumpaskan lawan masing-masing di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou, hari ini.