KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam arena badminton, beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengucapkan selamat tinggal kepada "lubuk rezeki" mereka setelah meraih pelbagai kejayaan di peringkat dalam dan luar negara.
Pengumuman itu hadir setelah Peng Soon dan Yee See tumpas 10-21, 6-21 kepada Cheng Xing-Li Qian dari China pada pusingan pertama Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Mengimbas kembali karier bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Peng Soon berkata beliau pernah tidak mempunyai gaji selama enam bulan kerana dalam peringkat percubaan untuk diserap masuk badan induk itu ketika berusia 18 tahun.
Peng Soon, 36, malah pernah meragui sekiranya sukan badminton merupakan kerjaya sesuai untuk "mengabdikan" dirinya pada masa hadapan.
"Dari (peringkat) negeri (Pulau Pinang) masuk BAM, enam bulan tiada gaji, namun saya tidak (menyesal sertai dunia badminton) kerana dapat lihat banyak budaya di luar negara ... kepada pemain muda, jika mahu menjadi pemain kebangsaan dengan taraf dunia, perlu berusaha keras tiada jalan singkat," katanya.
Ditanya sama ada kejayaan meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 bersama Goh Liu Ying merupakan detik terindah dalam hidupnya, Peng Soon bersyukur banyak pihak mula menyedari kewujudan kategori beregu campuran dalam dunia badminton.
Beliau bagaimanapun merasakan kategori berkenaan sehingga kini tidak dilihat sebagai acara sepenting kategori perseorangan ataupun beregu lelaki dan wanita.
Peng Soon berkata beliau akan fokus kepada Akademi Badminton Chan Peng Soon (CPS) selepas ini, selain mempertimbangkan sekiranya mendapat tawaran menjadi jurulatih termasuk daripada BAM.
Sementara itu, Yee See, 29, berkata faktor umur bukanlah menjadi penyebab beliau menoktahkan perjuangan dalam dunia badminton, sebaliknya merasakan sudah sampai masa untuk mencari "nafas" baharu.
Kenangan terindah dalam hidupnya menurut Yee See, adalah semasa menjadi penyumbang mata pada Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.
Peng Soon sebelum ini meninggalkan BAM pada 2019, meneruskan karier sebagai pemain beregu campuran profesional bersama pasangannya, Goh Liu Ying.
Mereka berjaya melayakkan diri untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik 2020, penampilan kali ketiga selepas kejayaan meraih pingat perak pada temasya di Brazil pada 2016, di samping kemunculan sulung pada 2012.
Namun, Peng Soon dan Liu Ying memutuskan untuk berpisah pada 2021 dan menyaksikan beliau bergandingan bersama Yee See pada 2022, dan pernah merangkul gelaran Masters Kuala Lumpur 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Peng Soon berkata beliau akan fokus kepada CPS selepas ini, selain mempertimbangkan sekiranya mendapat tawaran menjadi jurulatih termasuk daripada BAM. - Gambar fail/Bernama

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.