Beliau, yang pernah melahirkan beregu handalan dunia semasa di Indonesia, berkata bahawa ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
"Perkara ini bukan mudah (untuk menjadi juara dunia dan Olimpik). Sudah pasti ia perlu datang menerusi kerja keras dan pemain harus mencapai totalitas (komitmen sepenuhnya). Motivasi perlu ditingkatkan dan konsistensi tanpa berbelah bahagi. Saya sering tekankan bahawa kepala harus menjadi kaki, kaki menjadi kepala; itulah totalitas (keseluruhan) sebenar," katanya.
"Pemain seperti kita tahu memang ada naik turun, tetapi itu adalah perkara biasa dalam sukan. Namun, tugas jurulatih adalah memastikan mereka kekal berada pada tahap terbaik," tambah beliau ketika ditemui pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.
Antara beregu lelaki handalan yang pernah dibentuk oleh Herry termasuk Hendra Setiawan-Markis Kido dan Chandra Wijaya-Tony Gunawan, yang telah memenangi pelbagai gelaran, termasuk Kejohanan Dunia dan Olimpik.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini memilih jurulatih berusia 62 tahun itu sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Tan Bin Shen yang membuat keputusan berhijrah ke Hong Kong.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini memilih jurulatih berusia 62 tahun itu sebagai pengganti kepada jurulatih sebelumnya, Tan Bin Shen, yang membuat keputusan berhijrah ke Hong Kong.
Herry, yang akan memulakan tugas rasminya hari ini, berkata bahawa beliau akan mengenal pasti pendekatan latihan yang bersesuaian terhadap pemain, yang baginya memiliki karakter yang berbeza, dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.
"Setiap pemain mempunyai gaya yang berbeza, jadi pendekatan latihan juga tidak akan sama. Jurulatih perlu memahami karakter pemain bagi membentuk mereka menjadi juara," katanya.
-- BERNAMA