BERITA pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura pada Jumaat masih meninggalkan kesan besar dalam kalangan keluarga mereka.


Ringkasan AI
  • Isteri Ridzuan Ridzokumura, Akiko Okumura, meninggal dunia pada Jumaat, meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga.
  • Ridzuan berkongsi bahawa isterinya sangat penyayang dan menghambakan diri kepada keluarga sepanjang 16 tahun hidup bersama.
  • Jenazah Akiko telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, dan Ramadan kini tidak lagi sama tanpa kehadiran isteri tercinta.



Isteri penyayang


Terbaharu, menerusi siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok, Ridzuan berkongsi mengenai sifat isterinya yang dianggap sebagai seorang yang sangat penyayang sepanjang 16 tahun hidup bersama.

“Selama 16 tahun, seorang kawan pun tiada, dia cuma ada mak dia sahaja.

"Dia tinggalkan semua itu. Dia pergi dekat saya, dia curahkan 100 peratus, dia menghambakan diri dekat abang dan anak dia,” kongsinya. 

Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

“Tapi Allah ambil juga dia. Saya terima dan reda sahaja tapi bila tengok anak saya tak kuat saya juga tak kuat sangat tapi saya cuba untuk kuat,” ujarnya lagi. 

Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.

Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.

Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009.

Kini, Ramadan tidak lagi sama tanpa sentuhan kasih dan masakan isteri tercinta. -Gempak