MOSCOW: Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya, lapor agensi berita Rusia (TASS) dengan memetik Kementerian Luar negara itu.

"Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap dasar sekatan yang sedang dilaksanakan oleh Tokyo terhadap negara kami berhubung operasi ketenteraan khas, keputusan telah dibuat untuk mengenakan larangan masuk tanpa tempoh tertentu ke Persekutuan Rusia [ke atas individu tertentu]," menurut kenyataan kementerian itu.

Senarai individu yang dilarang masuk itu juga termasuk Duta Jepun ke Ukraine Masashi Nakagome, bekas Duta Kuninori Matsuda, Naib Presiden Kanan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) Shohei Hara dan ketua pejabat JICA di Ukraine, Hideki Matsunaga. Selain itu, eksekutif tertinggi daripada IHI Corporation, Isuzu Motors Limited, Prodrone, dan Cyberdyne turut disenaraikan dalam larangan berkenaan.

-- BERNAMA