GANDINGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.

Wakil kebangsaan tersebut mudah menoktahkan kemenangan dalam set pertama berdepan pasangan dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai, selain mempamerkan aksi garang untuk menutup ruang lawan mereka kerap mengutip mata.

Namun, ketika di set kedua, rentak permainan Tang Jie-Ee Wei sedikit terganggu sekali gus membiarkan AS mencuri mata sehingga mendahului 13-16 tetapi mereka pantas mengubah corak permainan untuk menyamakan kedudukan 20-20.

Aksi di hadapan ribuan peminat daripada serata dunia itu menyaksikan beregu campuran negara menamatkan permainan Kumpulan D itu dengan kemenangan bergaya 24-22. - Stadium Astro