Wanita berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di hospital, menurut Pejabat Pendakwa Raya Naumburg di Saxony-Anhalt, di mana Magdeburg merupakan ibu kotanya.
Serangan itu berlaku pada 20 Dis apabila seorang lelaki berusia 50 tahun memandu kereta merempuh orang ramai di pasar itu.
Insiden itu setakat ini telah meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan lima wanita berusia antara 45 hingga 75 tahun.
Sekurang-kurangnya 299 orang turut cedera.
Suspek, seorang doktor yang berasal dari Arab Saudi, kini berada dalam tahanan.
Menurut agensi berita dpa, suspek sebelum ini terlibat dalam tujuh siasatan polis antara April 2023 dan Oktober 2024.
Siasatan berhubung serangan itu masih dijalankan.
Pihak berkuasa sedang menilai keadaan mental suspek, dan Pejabat Pendakwa Raya Naumburg memaklumkan bahawa penilaian pakar akan dijalankan untuk menentukan tahap kesihatan mental serta tanggungjawab jenayahnya.
-- BERNAMA