Jurucakap polis semasa sidang media di Magdeburg pada petang Sabtu berkata berdasarkan perkembangan semasa siasatan, kemungkinan wujudnya suspek kedua boleh diketepikan.
Menurut Ketua Balai Polis Magdeburg, Tom-Oliver Langhans suspek menggunakan laluan kecemasan untuk sampai ke dataran utama.
Keseluruhan insiden itu berlangsung selama kira-kira tiga minit, tambahnya.
Suspek yang merempuh kereta ke arah orang ramai di pasar Krismas di bandar itu pada Jumaat menyebabkan lima maut dan 200 yang lain cedera.
-- BERNAMA