Sekurang-kurangnya empat orang, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban manakala 41 lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai pada petang Jumaat. Beberapa media melaporkan lebih 200 orang cedera dalam insiden itu.
Suspek yang kini dalam tahanan polis, merupakan seorang doktor warga Arab Saudi yang tinggal dan bekerja di Bernburg, sebuah bandar di selatan Magdeburg, menurut pegawai.
Scholz dan rombongannya terlebih dahulu bertemu dengan pegawai Kabinet serantau, termasuk Perdana Menteri Negeri Saxony-Anhalt, Reiner Haseloff.
Faeser pada Sabtu pagi mengarahkan semua bendera di bangunan persekutuan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
Satu upacara peringatan akan diadakan di Katedral Magdeburg pada pukul 7 malam (1800 GMT).
-- BERNAMA