Scholz melawat Sukan Olimpik Paris yang berlangsung sehingga Ahad selepas Kerajaan Jerman menyokong bidaan masa depan, terutamanya untuk tahun 2040, yang merupakan 50 tahun selepas penyatuan semula Jerman.
"Ia adalah semangat kecemerlangan Olimpik, keadilan dan kerjasama. Itu sangat penting apabila anda hidup di dunia ini," kata Scholz pada Jumaat semasa lawatan ke kelab Olimpik Jerman di Paris.
Itulah sebabnya saya gembira dengan apa yang dapat kami alami di sini dan berharap ia sedikit sebanyak 'berjangkit'.
Seperti yang anda tahu, adalah rancangan kami untuk sekali lagi menumpukan perhatian pada Sukan Olimpik di Jerman. Dalam hal ini, ia adalah inspirasi besar yang kami alami bersama di sini. Apa yang telah dicapai di Paris benar-benar hebat," katanya.
Jerman pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1936 di Berlin semasa era Nazi dan 1972 di Munich, serta Sukan Olimpik Musim Sejuk 1936 di Garmisch-Partenkirchen.
Beberapa bidaan selepas itu gagal, dan percubaan dari Munich untuk Sukan Salji dan Ais 2022 serta Hamburg untuk edisi 2024 dihentikan oleh referendum.
-- BERNAMA