Sejak dibuka semalam, ramai pengunjung dilaporkan menuju ke lokasi itu, mengambil peluang berjalan-jalan dan bergambar dengan dekorasi Krismas.
Salah seorang pengunjung, Yaza al-Sahour, yang mengunjungi lokasi bersama pasangannya, meluahkan harapannya agar Syria dapat dibina semula sebagai negara untuk semua golongan dan agama.
"Hidup tidak berhenti untuk sesiapa. Syria adalah negara untuk semua mazhab dan agama. Jika Bashar al-Assad digulingkan atau kita menyingkirkan seorang penzalim, kita akan mula membina semula Syria bersama-sama, untuk semua mazhab dan agama," katanya.
Pada 8 Disember, pejuang dari Hayat Tahrir al-Sham (HTS), sebuah kumpulan Islam Sunni yang kini menjadi kuasa dominan di Syria selepas Assad, mengambil alih pemerintahan negara selepas berjaya mara ke Damaskus.
Sementara itu, duta-duta utama dari Amerika Syarikat, Turki, Kesatuan Eropah dan negara-negara Arab bertemu di Jordan pada Sabtu lalu dan bersetuju bahawa Kerajaan baharu di Syria harus menghormati hak minoriti.