KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menempelak sikap parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC yang mahu kerusi selamat untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Bercakap kepada Astro AWANI, Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.
Malah Mohamed Nazri juga menggesa Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menilai prestasi parti itu sebelum membuat tuntutan yang tidak masuk akal.
"MIC kena sedar diri bahawa pengundi India lebih percaya kepada pemimpin kaum itu dalam DAP dan PKR berbanding parti mereka.
"Menuntut kerusi-kerusi yang selamat ini seolah-olah mahu mengugut UMNO, macam MIC sudah terlalu kuat untuk masuk pilihan raya.
"Kena ukur baju dibadan sendiri, jangan perasan kuat tetapi hakikatnya masih tidak diterima oleh kaum sendiri.
"Jangan cuma mahu kerusi selamat tetapi tidak buat kerja dan harapkan jentera UMNO semata-mata untuk menang," katanya.
Baru-baru ini, Vigneswaran memberitahu, MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15 dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dipertimbangankan.
BACA: MIC cadang bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15
Beliau berkata, cadangan berkenaan melibatkan bukan hanya kerusi tradisi MIC tetapi juga kawasan yang mempunyai peratusan tinggi untuk parti itu menang.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menegaskan, MIC sudah terkubur tanpa sokongan UMNO dan pengundi Melayu di Tapah.
Tegas beliau, disebabkan masyarakat India sudah tidak mempercayai MIC, maka kerusi yang sebelum ini milik BN kini sudah berpindah ke tangan Pakatan Harapan (PH).
“Sepatutnya mereka (MIC) kena sedar bahawa pengemis tidak boleh memilih. Ini bukan masa untuk meminta ihsan dari mana-mana pihak tetapi kena tahu kekuatan sendiri.
“Saya desak pemimpin BN dan UMNO tidak melayan permitan dari MIC ini”, katanya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Fri Aug 19 2022
Mohamed Nazri juga menggesa Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menilai prestasi parti itu sebelum membuat tuntutan yang tidak masuk akal. - Foto fail
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.