UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AWANI Ringkas: KDNK rekod pertumbuhan kukuh suku kedua

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Fri Aug 16 2024

AWANI Ringkas: KDNK rekod pertumbuhan kukuh suku kedua

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ekonomi tahun ini dijangka teguh, risiko luar jadi cabaran

Ekonomi tahun ini dijangka teguh, risiko luar jadi cabaran

Risiko prospek pertumbuhan Malaysia menjadi perlahan berpunca daripada pengurangan permintaan luaran, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan.
Biar dihina, fitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar

Biar dihina, fitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar

Perdana Menteri menyeru 1.6 juta penjawat awam untuk menjadi benteng kepada negara.
Kaedah lantikan tetap, bercarum dalam kajian - PM Anwar

Kaedah lantikan tetap, bercarum dalam kajian - PM Anwar

Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap dan bercarum dan kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi menentukan strategi-strategi terbaik kepada Kerajaan dan pegawai awam lantikan baharu.
[TERKINI] Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina

[TERKINI] Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina

Laporan akhir tragedi pesawat terhempas di Elmina mendedahkan punca sebenar kejadian kerana kegagalan mengawal pesawat berkenaan.
Peningkatan kelayakan penjawat awam tingkat produktiviti - PM

Peningkatan kelayakan penjawat awam tingkat produktiviti - PM

Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Kemerdekaan Indonesia ke-79 julung kali ke IKN

Kemerdekaan Indonesia ke-79 julung kali ke IKN

Ibu Kota Nusantara (IKN) bakal dijadikan lokasi sambutan Hari Ulang Tahun ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia tahun 2024.
Hotel Amari: Lokasi strategik, tarikan utama pelancong

Hotel Amari: Lokasi strategik, tarikan utama pelancong

Lokasi yang strategik, di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru menjadikan tarikan utama pelancong memilih Hotel Amari Johor Bahru sebagai tempat penginapan.
“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie

“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie

Itu luahan Penyanyi Aufahanie yang melepaskan rasa kesal dan kecewa beliau serta seluruh keluarga berhubung dakwaan tidak berasas seorang individu mengenai pemergian abang tercintanya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

Menurut Aufahanie, dakwaan kononnya Nidza Afham meninggal dunia kerana berhadapan masalah cinta yang dimuat naik dalam ciapan di laman X individu itu disifatkan sebagai tuduhan yang tidak masuk akal.
Pegawai pelaksana, pengurusan profesional naik 15 peratus, pegawai tinggi naik 7 peratus

Pegawai pelaksana, pengurusan profesional naik 15 peratus, pegawai tinggi naik 7 peratus

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional secara secara berfasa bermula 1 Disember 2024.
Sistem saraan: SSPA ganti SSM, SSPA berteras prestasi - PM

Sistem saraan: SSPA ganti SSM, SSPA berteras prestasi - PM

Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024.
Peniaga tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh

Peniaga tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh

Seorang peniaga yang memukul dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Julai lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas dua pertuduhan, mengugut dan cuba membunuh.
[TERKINI] Paetongtarn Shinawatra dilantik Perdana Menteri Thailand ke-31

[TERKINI] Paetongtarn Shinawatra dilantik Perdana Menteri Thailand ke-31

Dewan Rakyat Thailand pada Jumaat, telah memilih Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri baharu, menggantikan Srettha Thavisin yang dilucutkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan, pada Rabu.
PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan

PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, merayu agar konflik di Gaza segera dihentikan.

Menurut beliau, satu peristiwa suram melanda dunia ketika penduduk Gaza bersedih apabila 40,000 nyawa rakyat Palestin bakal kehilangan.
Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Oktober

Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Oktober

Calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, JD Vance dan pesaingnya dari Parti Demokrat, Tim Walz bersetuju untuk menyertai debat yang dianjurkan oleh CBS News pada 1 Oktober di New York City.

Menurut Vance dalam sebuah hantaran di X, rakyat Amerika berhak mendapat seberapa banyak debat yang mungkin DAN sebab itu bekas Presiden Donald Trump telah mencabar Naib Presiden AS Kamala Harris untuk tiga pusingan debat setakat ini.
Gaji penjawat awam: Julat peningkatan gaji penjawat awam 16.8 peratus hingga 42.7 peratus

Gaji penjawat awam: Julat peningkatan gaji penjawat awam 16.8 peratus hingga 42.7 peratus

Anwar berkata, julat peningkatan pendapatan akan diterima penjawat awam adalah 16.8 peratus hingga 42.7 peratus mengambil kira faedah berganda.