Jabatan Meterologi (MetMalaysia) berkata, gempa tersebut berlaku pada jarak 36 kilometer timur dari Semporna.
Menurutnya, kejadian berpusat pada kedalaman 19 kilometer pada koordinat 4.4 Utara dan 118.8 Timur.
"Gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Tawau, Sabah.
"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Tahun lalu, gempa bumi berlaku turut di Tawau, Sabah pada 19 Mac dengan ukuran 5.4 magnitud.
Beberapa kejadian turut direkodkan di daerah sama sebelum itu, apabila pada sejak 2005 MetMalaysia merekodkan kejadian gempa bumi berukuran 5.1 magnitud pada 21 Februari.
Kejadian pada 19 Januari 2011 berlaku pada skala 4.9 magnitud, 14 Mac 2017 (5.2 magnitud), 15 Mei 2018 (4.7), dan 11 September 2021 (4.5). - Sinar Harian