Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan berkaitan penemuan remaja itu, Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan, 15, dibuat oleh ibunya pada jam 4.55 petang.
"Remaja terbabit dilaporkan ditemui sedang berjalan seorang diri di pekan Beranang sekitar jam 1.15 tengah hari oleh rakan sekolahnya.
"Remaja itu kemudian dibawa ke Balai Polis Beranang sebelum pihak polis menghubungi keluarganya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan remaja perempuan itu hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kawasan sebuah sekolah menengah di sini Isnin lalu.
Laporan berkaitan kehilangan anak ketiga daripada empat beradik berkenaan kemudiannya dibuat ahli keluarga remaja itu di Balai Polis Beranang. - Sinar Harian