KUALA LUMPUR: Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Darurat Keselamatan pada 1969, justeru cadangan mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bukanlah satu langkah yang sesuai.
Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad, berkata berikutan itu, cadangan sedemikian adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan usaha kerajaan dan semua pihak dalam menangani krisis yang dihadapi negara.
"Ia adalah satu langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, para frontliners, pihak industri dan rakyat seluruhnya untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada masa ini,” jelas Marzuki di dalam perkongsian video terbaharunya di Facebook, malam ini.
Marzuki dalam pada itu menggariskan tiga faktor yang membezakan keadaan sekarang dengan darurat pada 1969, sekali gus menunjukkan tiada keperluan untuk menubuhkan MAGERAN.
"Pertamanya, kita tidak berhadapan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan.
"(Kedua) Kabinet sedia ada sedang berfungsi dan membuat banyak keputusan bukan sahaja mengenai pandemik COVID-19, tetapi juga mengenai pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.
"(Ketiga) Kerajaan juga telah ada beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik COVID-19," katanya.
Beliau membuat ulasan itu sebagai menjawab cadangan beberapa pihak agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menubuhkan MAGERAN untuk mengurus negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Astro Awani
Wed Jun 09 2021
Cadangan penubuhan MAGERAN disifatkan langkah ke belakang yang antara lain akan merencatkan perancangan kerajaan dan usaha penjawat awam termasuk 'frontliners' memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi. - Gambar fail
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.
Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.
Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.
Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru
Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.
Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.