Wilayah yang terjejas termasuk Guayas, Los Rios, Manabi, Santa Elena, El Oro, Orellana, dan Sucumbios, selain daerah metropolitan Quito, La Troncal, serta Camilo Ponce Enriquez.
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.
Langkah darurat bertujuan membendung keganasan serta menyokong operasi pihak tentera dan polis dalam usaha memulihkan ketenteraman awam.
Selain itu, perintah berkurung pada waktu malam turut dikenakan di kira-kira 20 canton (mukim).
Sejak Januari 2024, Ecuador terlibat dalam "konflik bersenjata" melawan kumpulan jenayah terancang yang digelar "pengganas" oleh kerajaan.
-- BERNAMA