Malah, tindakan DAP Johor yang mempertaruhkan Naib Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali di Parlimen itu dilihat bukan sebagai satu ancaman kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya, BN tidak gentar kerana kerana memiliki calon berwibawa, berpengalaman dan bukan sebagai 'bidan terjun'.
"Yang baiknya, kita tidak selalu tukar calon. Itu perbezaan kita dgn mereka (DAP).
"Ini bukan pertama kali saya pernah berentap dengan calon Melayu, malah pada 2004 yang menentang saya ialah calon Melayu.
"Kemudian saya berhadapan Pas yang meletakkan calon Cina untuk mewakili mereka, disusuli calon Cina mewakili DAP.
"Sekarang DAP letak calon Melayu semata-mata nak nak meraih pengundi Melayu, itu bagi saya tidak mengapa kerana rezeki masing-masing.
"Dia ada cara dia untuk bertanding. Kita juga ada petua kita untuk mempertahankan Ayer Hitam," katanya selepas menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat dan Pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia, BLKM di sini pada Sabtu.
Terdahulu pada Khamis, Pakatan Harapan (PH) menamakan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai calon kerusi Parlimen Ayer Hitam pada PRU15.
Dalam pada itu, Ka Siong yakin bahawa pengundi muda akan memilih BN berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.
Katanya, keyakinan itu ditunjukkan susulan calon MCA, Ling Tian Soon berjaya memenangi kerusi DUN Ayer Hitam.
Jelas beliau, kejayaan tersebut disumbangkan daripada saluran orang muda di kawasan berkenaan.