KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan Datuk R Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
Beliau berkata sepanjang 2023 hingga bulan ini, RM452,000 elaun dan gajinya telah disumbangkan kepada rumah-rumah ibadat termasuk surau, masjid, kuil Hindu dan Buddha, tokong, gereja selain persatuan dan organisasi keagamaan.
Sejumlah RM332,000 diserahkan kepada 72 rumah ibadat pada 2023 manakala RM120,000 lagi kepada kira-kira 100 rumah ibadat dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
"Selain mengotakan janji, pemberian kesemua gaji dan elaun ini juga merupakan penghargaan saya kepada pengundi berbilang bangsa di Parlimen ini yang telah menyokong saya selama ini. Jadi pengurusan rumah ibadat boleh gunakan duit ini bantu golongan B40 yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyerahkan sumbangan kepada wakil lapan rumah ibadat di beberapa lokasi sekitar Sungai Buloh hari ini.
Ramanan berkata beliau berikrar mahu memastikan setiap rumah ibadat di kawasannya mendapat sumbangan berkenaan, dengan amaun yang disalurkan bergantung kepada jumlah penganut dan keperluan rumah ibadat berkenaan.
"Setiap dua bulan sekali gaji dan elaun saya bahagikan kepada semua rumah ibadat di sekitar Sungai Buloh, ini merupakan tambahan daripada peruntukan selain daripada yang diberikan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Buloh," katanya.
Sementara itu Pengerusi Surah Al-Hidayah Saujana Utama Mohd Rosli Hussien berterima kasih kepada Ramanan kerana memilih surau tersebut untuk menerima sumbangan dan ia amat bermanfaat bagi membantu golongan B40 serta anak yatim piatu sekitar kawasan itu.
"Ini kali kedua Yang Berhormat (Ramanan) berikan sumbangan pada surau kita, tahun lepas bagi RM2,500, kali ini RM3,000 ada penambahan.. syukur, kesemuanya digunakan untuk kebajikan kariah masjid selain daripada pembangunan surau," katanya.
Ahli Jawatankuasa Gereja Asaripu Kudaram Anglican, Steven John Perumal pula berkata selain untuk kebajikan kanak-kanak, sumbangan itu juga digunakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, keluarga miskin mendapatkan barangan keperluan asas.
Beliau berkata penerima bantuan sangat menghargai usaha Ahli Parlimen itu yang memberikan bantuan tanpa mengira warna kulit, agama, mahu pun bangsa.
Bagi Pengurus Tokong Wee Leng Keng Kampung Matang Pagar, Thee Seng Kok, 67, pemberian sumbangan itu merupakan bukti Ramanan mengotakan janjinya, dan beliau meminta wakil rakyat lain agar mencontohi sifat terpuji itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Ramanan menyampaikan cek kepada Pengerusi Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Rosli Mohd Hussein sempena sesi penyerahan elaun dan gaji kepada rumah-rumah ibadah sekitar Parlimen Sungai Buloh hari ini. - Gambar Bernama

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.
Isu buli: Keyakinan terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata perkara itu dilihat berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.
Bantuan RM150 pada 100,000 murid tingkatan 6 - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan berkata Kerajaan MADANI komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan Ibu bapa diperluaskan kepada kira-kira 100,000 murid tingkatan 6.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.

Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.