Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata dua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program berkenaan tahun ini.
Kedua-dua NGO itu katanya berjaya mendapat kelulusan dana PEKB 2025 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan kursus latihan.
"Sebanyak 70 peserta terpilih menjalani Kursus Asas Usahawan Fotografi dan Videografi serta Kursus Usahawan Barista selama tujuh hari berakhir hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup PEKB 2025 KPKT peringkat negeri di Ayer Keroh di sini semalam.
Seah berkata program itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan tiada rakyat terpinggir dengan memberikan latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian perniagaan dan keusahawanan sekali gus menambah pendapatan.
Sementara itu, Pengerusi PEKA Rithavudeen Syed Rahmathulah berkata pihaknya juga akan terus memantau perkembangan peserta selama enam bulan selepas tamat kursus bagi memastikan setiap mereka dapat membangunkan perniagaan berdaya maju selain memberikan sokongan diperlukan.
"Sepanjang tempoh seminggu pelbagai ilmu dan kemahiran dikongsikan dan program ini bukan sekadar memberikan ilmu teori tetapi juga membimbing peserta dalam mempraktikkan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan ekonomi keluarga," katanya.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)