KUALA LUMPUR: Mana-mana ahli Bersatu yang tidak mendapat kebenaran parti untuk bertanding pada pilihan raya, keahliannya adalah terhenti secara serta-merta, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini berkata keahlian terhenti secara merta-merta itu selaras Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu.

Menurut Hamzah ia juga terpakai kepada pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lawan atau calon Bebas.

[LAPOR LANGSUNG] Gelanggang PRU15 sudah dibuka, calon penuh ada di sini

RUJUK SENARAI CALON PRU15 DI SINI


Kenyataan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan kes yang dirujuk.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria mengemukakan borang penamaan calon untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15.

-- BERNAMA