KUALA LUMPUR: Soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kini menjadi perbincangan utama parti dan gabungan politik tanah air, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting pilihan raya itu hari ini.
Di TERENGGANU, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, gabungan itu tidak menolak kemungkinan menggugurkan muka lama yang kurang sesuai untuk diketengahkan pada PRU15, untuk memastikan calon PH kelak mampu memberi saingan kepada parti lawan.
Mengakui berdepan tugas sukar untuk menyediakan senarai bakal calon, Pengerusi Amanah Terengganu itu berkata, beliau kini berusaha meyakinkan 'orang lama' untuk berundur dan memberi laluan kepada muka baharu.
"Rakyat kecewa kerana ada yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan prestasi, jadi kita berusaha untuk tonjolkan seberapa banyak muka baharu... saya rasa itulah kehendak rakyat," katanya kepada Bernama.
PH akan tetap akan meletakkan calon di kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu meskipun PH tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU14.
Di MELAKA, Gerakan Tanah Air (GTA) Melaka akan mempertaruhkan calon dalam kalangan profesional dan ahli perniagaan, sebagai calon PRU15.
Timbalan Ketua Majlis Pimpinan Pejuang Melaka, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berkata, antara kriteria calon ialah orang tempatan, berpengaruh, bersih daripada sebarang kes mahkamah terutama berkaitan rasuah dan mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin.
"Kesemua calon berusia antara 30-an hingga 50-an dan tidak pernah bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.
GTA menyasarkan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen di Melaka pada PRU15 iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Tangga Batu, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Di JOHOR, BN Johor akan memastikan momentum kemenangan yang diraih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) diteruskan pada PRU15, sekali gus membantu menubuhkan kerajaan Persekutuan.
Pengarah Operasi PRU BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jentera rakan komponen dalam gabungan itu berada dalam keadaan optima ketika ini, untuk berdepan dengan PRU15.
"... kita telah membuat persediaan awal dan momentum Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berterusan, untuk memastikan Johor membantu menubuhkan kerajaan Persekutuan nanti," katanya.
SPR hari ini menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kini menjadi perbincangan utama parti dan gabungan politik tanah air menjelang tarikh pengundian 19 November 2022. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).