SENAWANG: Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin terasa namun sebahagian pengundi muda yang sepatutnya teruja untuk mengundi buat kali pertama mengambil pendekatan untuk tidak mengambil tahu perkembangan politk semasa yang berlaku.
Bukan sahaja soal PRU15, malah sikap tidak peduli itu ke tahap tidak tahu siapa wakil rakyat kawasan mereka.
Ia bukanlah sesuatu mengejutkan jika wajah budaya politik itu kini sudah digambarkan oleh sebahagian mereka sebagai contoh sikap yang tidak perlu diikuti oleh golongan muda.
Biarpun ada di antara mereka yang mempunyai pelbagai pandangan dan rasa yang mungkin berbeza-beza tentang politik semasa, namun sebahagian mereka mengakui bahawa undi mereka nanti adalah juga merupakan sumbangan dalam menentukan corak masa depan negara.
Malah sesetengahnya pula berterus terang menyatakan bahawa corak budaya politik yang di diamalkan, membuatkan mereka bukan sahaja tidak berminat malah melihatnya tidak lebih hanya permainan retorik semata.
Mendekati sebahagian mereka di sekitar Senawang, Negeri Sembilan, sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran bagaimana kaca mata mereka melihat wajah politik yang dipertontonkan kepada anak muda.
Muhamad Aniq Muhamad Fadzli, 25, yang juga seorang peniaga pakaian di sebuah pasar di sini misalnya menyatakan beliau akan hanya akan membuat penilaian terhadap calon yang akan dipilih apabila sudah sampai masanya nanti.
“Saya tak tahulah tentang orang-orang politik ini, yang saya tahu sebenarnya yang berbalah-berbalah ni saya kurang senanglah.
“Isu politik ni sebenarnya saya kurang ambik tahulah, tapi kita sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada hak juga untuk tahu siapa pemimpin negara kita,” katanya kepada Astro AWANI.
Bagi Siti Nurhanisha Shahrosnizam, 26, pula, dia bukanlah mahu menidakkan peranan politik dalam menentukan pemimpin untuk mentadbir negara, tetapi jelasnya ketika ini perkembangan yang ditampilkan tidak memberikan persepsi yang baik bagi golongan muda sepertinya.
Malah tanpa segan dia mengakui bahawa dia sendiri ketika ini tidak pasti nama wakil rakyat di kawasanya ketika ini.
“Saya sebenarnya tak berapa tahupun (perkembangan politik) dan sayapun tak pasti YB tu (wakil rakyat kawasan)…tapi rasanya (YB) Mohd Taufik kot dia ADUN,” katanya.
Namun dia akan memastikan calon yang akan diundinya nanti akan ditimbang dengan caranya sendiri.
Sementara itu sikap bercakaran dalam kalangan ahli-ahli politik yang seakan tiada kesudahan turut meletakan medan politik sebagai satu wadah yang tidak begitu baik dari kaca mata Mohd Aliff Haikal Mohd Afandi.
Pemuda berusia 22 tahun itu yang juga bakal bakal melunaskan tanggungjawab pertamanya sebagai pengundi pada PRU15 nanti, masih tidak pasti kriteria yang perlu diletakkan sebagai penanda aras calon mana yang layak dipilihnya.
Walaupun menyatakan keazaman untuk melaksanakanya, namun sehingga saat ini perkara tersebut dianggap tidak perlu diletakkan sebagai keutamaan urusanya ketika ini.
Mengakui teruja kerana pertama kali bakal mengundi, dia berharap calon yang akan diundi adalah pemimpin yang mampu memberikan manfaat sebenar kepada rakyat dan tidak lagi melihat bahawa kempen pilihan raya seperti sebelumnya iaitu tidak lebih sekadar hanya medan menjaja retorik politik kepartian semata.
“Saya tak suka tengok mereka ini (ahli-ahli politik), mereka yang saya tahu gaduh sana, gaduh sini. Apapun yang saya akan pilih yang banyak membantu saya dan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Oct 23 2022

Walaupun mengakui sikap dan budaya berpolitik sesetengah ahli politik di negara ini telah memudarkan minat mereka, namun itu tdak bermakna pengundi muda ini abaikan tanggungjawab untuk turut sama mengundi pada PRU15 nanti. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).