Namun begitu, pada detik-detik menjelang Hari Pengundian pada Sabtu ini, Perdana Menteri menggesa semua pihak khususnya dalam BN memastikan golongan pengundi muda tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang dilancarkan oleh pihak lawan.
"Saat akhir selain menjaga kubu kita (BN) untuk pastikan kubu kita terkawal dan pada masa sama meneruskan dengan memberi penjelasan.
"Saya harap golongan muda, kita di kalangan UMNO dan BN ini, media sosial perlu kita kuasai kerana pengundi muda saya percaya mereka bergantung kepada media sosial.
"Saya tengok pembohongan dibuat pemimpin pembangkang, kadang-kala mampu mempengaruhi pengundi muda, jadi sebab itu kita kena lebih proaktif dalam menjawab dan menerangkan kepada pengundi muda terutam meliabtkan manifesto BN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Ramah Mesra bersama penduduk di Pusat Daerah Mengundi Mengkarak Stesen, di sini, pada Rabu.
Ismail Sabri yang juga penyandang dan calon BN di Parlimen Bera dalam masa sama gembira kerana golongan pengundi muda di Bera memperlihatkan kecenderungan ke arah BN.
"Di Bera, saya lihat pengundi muda didekati oleh rakan sebaya mereka selain daripada pemuda UMNO dan BN, kita dapati ramai rakan sebaya mereka terdiri daripada pelajar bersama mereka (pengundi) beri penjelasan dan menarik mereka menyokong BN.
"Dari segi sentimen (pengundi muda) baik ke arah BN, saya dapat laporan tempat lain kempen pengundi muda dipergiatkan.
"Kita yakin walaupun banyak pihak mengelirukan mereka (pengundi) seperti saya kata kalau kita buat engagement memberi penerangan terbaik, InsyaAllah mereka akan bersama kita," tambahnya.