Tengku Adnan berkata, mesej tersebut merupakan suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.
"Saya tidak akan bagi duit sebab ianya salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.
Menurutnya, pihak tersebut harus menghentikan perbuatan kotor itu.
"Saya percaya pada saat akhir ini akan timbul pelbagai lagi fitnah.
"Saya harap sesiapa yang bertanding jangan main fitnah sebarangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan undian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya bagi tujuan tersebut.
"Saya tidak tahu apa tujuan pihak sana. Saya harap mereka hentikan fitnah sebegini," katanya.
Sebelum ini, jentera Tengku Adnan membuat dua laporan polis berhubung poster kempen yang diconteng menggunakan cat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.