Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kini menanti arahan selanjutnya.
"Kertas siasatan sudah diberi kepada TPR baru-baru ini dan sedang menunggu arahan selanjutnya. Setakat ini tiada mana-mana individu yang dipanggil dan bergantung kepada siasatan TPR," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di Balai Polis Pasir Putih, Ipoh bersama-sama anggota dan pegawai yang mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.
KLIK: Razman tegaskan beliau tidak akan minta maaf kepada Anwar
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 52 peratus undi awal setakat jam 11 pagi
Seramai 31,291 pengundi awal terlibat di negeri ini dengan pecahan 12,215 orang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 19,076 orang warga tentera.
Pengundian awal di Perak melibatkan sebanyak 72 pusat mengundi dengan 122 saluran daripada 953 pusat mengundi dengan 3,901 saluran.
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Dilaporkan pada 6 Nov lepas, tular sebuah video berkenaan Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis manakala DAP membawa agenda komunis.
-- BERNAMA